terima kasih !!!

yang pertamanya saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya masih lagi dapat meneruskan hidup saya dengan aman ^_^..terima kasih juga padaNya kerana telah membuka satu lagi kebenaran di dalam realiti hidup ini..dengan izinNya juga saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tahanan dalam perbicaraan baru-baru ini..Alhamdulillah !!

yang kedua saya ingin berterima kasih kepada semua peguam yang telah bersusah payah dalam prosiding untuk membebaskan kami..dengan akta-akta yang penuh kebenaran sebagai bekalan.. dengan kuasa Allah S.W.T..kami peroleh kemenangan..syabas wahai peguam-peguam sekalian !!

yang ketiganya saya ingin memberikan penghargaan untuk semua rakan saya..buat Suhaimi, Ar Rash, Mat & Pojie..terima kasih kerana membukakan 1 lagi jalan yang penuh cabaran dan kebenaran di dalam hidup saya..buat Fatiha, Nadiah & Nazmi serta rakan2 yang lain, terima kasih dalam mendoakan keselamatan saya..tidak ketinggalan juga pada "geng ghombau"..terima kasih kerana telah byk memberikan semangat dan byk membuka minda saya untuk menjadi matang sewaktu saya di dalam tahanan..timo kaseh sey ucapkan !!

untuk unit amal..tahniah diucapkan kerana sanggup menjadi barisan hadapan para pejuang-pejuang keadilan..dengan tangkapan dijadikan sebagai 1 pengorbanan..penahananmu dijadikan sebagai 1 perjuangan..kami di sini sentiasa mendoakan agar keadilan terus mengiringimu..
takbir !!


0 comments:

Post a Comment